Tuesday, February 28, 2012

Berus @ BRUSH we used

Assalamualaikum all fans...moga semuanya dilindungi Allah S.W.T hendaknya..
Hari ini saya nak share dengan semua jurusolek dan juga bukan jurusolek..

Ramai diantara kita yang tidak peka pada berus @ BRUSH set makeup yang kita beli dan guna adakah ia HALAL atau tidak..!! Jangan kita terbeli berus yang diperbuat dari bulu KHINZIR
SO dibawah ini saya ingin berkongsi pengetahuan saya berkenaan berus/BRUSH yang kita guna untuk mencantik kan gadis dan wanita termasuk juga lelaki..




Cara mengenal bulu khinzir yg dijadikn berus ;-

Kebanyakan berus yg murah dr China diperbuat dr bulu khinzir - hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pd bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat , mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir
1) bulu yg rimbun dihujungnya ( lebih tepat hujung bercabang )
2) boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut @ keras
3) susah tertanggal @ jatuh / cepat rosak
4) senang didapati berbanding bulu haiwan lain


Bulu khinzir @ khinzir hutan dipanggil 'BRISTLE' kerana bentuk mereka yg keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempunyai sifat yg unik iaitu hujungnya akan bercabang ( split ends )
Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yg terbaik untuk digunakan untuk mengecat .

Manakala berus bulu kambing @ biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi . Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir . Bulu kambing @ biri-biri ini mempunyai hujung yg tajam .

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yg lain . Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat membezakan nya . Namun masih yg tidak mengetahuinya . Jadi berhati - hatilah - Insyaallah dengan izin nya semoga kita semua sentiasa dilindungi nya..

Info dr www.terapi.imamuda.com

Sekian. Terimakasih



Monday, February 27, 2012

Latest Makeover

 Makeup & hairdo by me ~ Dinner Make Up for Azwatie Hendrick
Wardrobe by me




Make Up Nopie Gurlz for Butik Mama
Winner 1st place of 100 Talents Grooming Day with Butik Mama