Monday, November 5, 2012

A Session with House of Allya Mysara|myMetro | Aura puteri salju


             Assalamualaikum

Entri ni Alhamdulillah untuk rezeki kesekian kalinya saya dioffer lagi oleh owner butik House of Allya Mysara iaitu kimi iskandar & yusri ismail. Bagi menatarias model Diana Elldee untuk koleksi terbaru dari beliau untuk slot Ayu Harian Metro.Thanks sangat2 kimi & yusri atas kepercayaan dan peluang yang diberikan pada akk. Sangat2 menghargainya. Harap berpuas hati dengan sentuhan dari akk ye :)

Feel free CLICK to view>>>>>>>> antara koleksi terbaru Aura Puteri Salju
myMetro | Aura puteri salju


Hasil sentuhan saya publish di slot Ayu Harian Metro pada 2 Nov 2012


Ok la. Sampai jumpa lagi . Okbai.

Me @Media|Magazine



                 Assalamualaikum

Entry saya hari ni sedikit pasal karier saya. Tak pernah terfikir pun one day saya akan menjadi seperti sekarang. Tukang mekap2 kan orang. huhu. 12 tahun pengalaman dalam bidang solekan masih baru bagi saya. Menjadi jurusolek bukan lah semudah yang uols sangka. Kerjaya ni memerlukan kesabaran yang tinggi.  Yela...Ingat senang nak mencantik kan orang ! Susah uuu.... Silap2 haribulan tah apa jadi muka orang tu ! Minat saje tak cukup,mesti ada ilmu dan skill tersendiri.  Disertai usaha dan semangat yang padu.

Cabaran dan dugaan memang banyak. Nak cerita sampai besok pun tak abes. hihihi.  Saya cerita yang patut jela eh...Yela, Ada bende yang boleh cerita dan tidak.  Nak tahu tak..!!  Pada awal pembabitan saya suami tak support pun. Sabar jela kan...Saya lagi rasa tercabar. So saya berusaha menunjuk kan yang saya bukan suka2. Lama2 en suami ok la sikit tapi belum sepenuhnya laaa... Lama jugak la nak amik masa untuk nak yakin kan dia. Tapi akhirnya usaha saya ni Alhamdulillah berbaloi walaupun kecil tetap bersyukur.

Artikel mengenai saya dah pun tersiar di Majalah Hijabista bulan lepas - Edisi Oktober 2012


Ada cerita disebalik cerita...Meh nak cerita...Dah rezeki kot...one day client yang pernah saya mekap kan on her wedding bekerja di karangkraf after beliau kawen, sms minta saya tolong ganti jurusolek pemes gak la...sebab nya jurusolek pemes ni tak reply2 e-mel dari derang..Then dia pun minta saya segera hantar jawaban bagi soalan2 dari pembaca Hijabista untuk ruangan soal jawab cantik. Editor nak kan jawapan segera. Saya pun ok je. Saya pun hantar la jawapan2 ke esok kannya cuma gambar je saya tak bersedia.  Mana yang sempat jela kann...just snap thru henpon je and direct e-mel. hihi.  Kelakar pulak rasa ! Tapi rasa cam mimpi jeeeee



Entri kat bawah ni pulak dengan akhbar Harian Metro..Artikel yang tersiar di ruangan pesona cantik Harian Metro|1 NOV 2012. Saya share sedikit tips| ilmu makeup diakhbar ni. Dan ditunjuk kan step by step demo makeup oleh saya. Ribuan terima kasih buat KIMI ISKANDAR kerana beri peluang, kepercayaan serta sudi recommend akk pada editor. Thank u so much miss editor(minta maaf sangat2 terlupa nama) atas peluang yang diberikan. Sangat2 menghargainya. Hope ada peluang lagi lepas ni InsyaAllah. Amin


Ok la sampai takat ni je dulu. Terima kasih sudi baca. If ada cerita or hasil karya saya, akan saya update lagi. Jumpa lagi dilain entri.
Okbai.