Monday, October 13, 2014

I'm back

Assalamualaikum

It's been a while since my last post on January 2014. Wow ! Lama gila tak ber'blogging' rinduuuu.....
Rasa macam benda nak tulis. Macam banyak isu tapi masa sangat mencemburuiku. Ahaks

Apa khabar korang ? Mesti baik-baik aje kan. Alhamdulillah. Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah s.w.t.  Ni. Nak beritahu.. Korang, boleh stalk kat Instagram hakak @mina.jamina for my daily updates .

Thank u sangat-sangat pada yang keep follow blog ni. Dan thank u korang sudi support my artwork. Muahxxx. Sayang korang.

Hokey.
Out dulu.
OK bai

Sunday, January 12, 2014

Winda Wedding

As Salam.
Hai semua. Selamat Tahun Baru 2014. Moga apa jua yang dicita-citakan tercapai lah hendaknya dengan Izin Allah.

Alhamdulillah. Rezeki permulaan di tahun 2014. My first client dari seberang laut. Winda dari Pekan Baru, Riau, Sumatera Barat. Orangnya ramah & happy go lucky. And she's very friendly & very easy going. Senang kerja saya...
Inilah hasil wedding mekap saya setelah sekian lama merehatkan diri. Majlis pernikahan & persandingan berlangsung pada 4.01.2014. 

Thank you for choosing me Winda Harahap. Selamat Pengantin Baru buat kalian berdua Winda & Robby. Moga bahagia hingga ke syurga.

See you soon.
Okbai.

Monday, December 16, 2013

Nukilan ku


Salam sahabat ku...

Rindu untuk mencoret kan sesuatu yang sudah sekian lama menyepi...Sepi ku bukan kerana rajuk , bukan juga marah tetapi atas sebab yang tak dapat ku rungkai kan disini....
Biarlah hanya aku dan DIA sahaja yang mengetahui.

Apabila kita terjatuh dalam ujian hidup,kesusahan,keperitan,kesedihan dan segala bentuk penderitaan,kita akan bertanya,apakah penawarnya? Dimanakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Warna kegelapan memenuhi setiap penjuru,hanya kepada mu Ya Rabb yang mampu mengeluarkan aku dari keadaan ini. Aku terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit,tidak mampu ditolak oleh diri yang kerdil.

Namun, aku yakin bahawa hanya ALLAH yang maha berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikan dengan yang lebih baik,yang tidak disangka-sangka. Memindahkan duka kepada bahagia akhirnya....


Monday, April 8, 2013

DR Emma Wedding / Solemnization

     

                           Assalamualaikum

Buat sekelian kalinya....dah beberapa bulan tak mengupdate blog !!!!!!
Macam-macam hal , malas dan banyak kerja....hihihi
Cuti sekolah baru-baru ni pun busy dengan anak-anak ,
bawa mereka holiday , jalan-jalan makan angin , layannnnnn

 Just nak update cerita , client saya ni orang Pekan ,Pahang . Dia adalah seorang doktor di
 Kuantan, Pahang. Sebenarnya saya langsung tak tahu dia ni doktor....
 sehingga lah di hari perkahwinan nya...hihihi
 Dia lah client saya yang paling senang 'cerita' dengan skali tanya terus booking !
 Kebiasaan nya client ni macam-macam soalan kan tanya saya
 So , senang lah kerja saya....sampai hari kahwin
 Dan Emma ni 1st client saya yang menggunakan HD AIRBRUSH MAKEUP 
 untuk wedding beliau                 

Terima Kasih kepada Dr Emma kerana mempercayai saya .



 Any Booking / Enquieries
 Please E-Mail at jamy_1973@yahoo.com
 or
Whatsapp me at 013 2844845 Jamina





                                                1st Day  SOLEMNIZATION @ Pekan , Pahang






                                          2nd Day WEDDING RECEPTION @ Pekan , Pahang



                                               

Tuesday, January 22, 2013

Latest Job



                  Assalamualaikum,


       Sekian lama nya saya tak mengupdate kan BLOG ni...dah berkepuk habuk, bersawang bagai...hahaha..sampaikan dah lupa password google !!! jenuh laa reset password balik.. adehhhhhhh. So today saya paksa diri untuk 'update' blog saya ni..semua saya tukar baru ,templates, background, warna dan yang paling 'utama' adalah address blog saya ni..oleh kerana address sebelum ni panjang sangat, so saya singkat kan sikit jadi ''Beauty by Jamina'' **http://beautybyjamina.blogspot.com.  Rasanya ok sikit kot !

Kalendar tahun orang putih dah nak masuk bulan 2 pun. Baru nak wish "Selamat Tahun Baru 2013''. Dah ketinggalan keretapi la saya kannnnnnnn ! heheheh. Biasanya la kan, kita ni masuk new year je 'wish azam' Tapi bagi saya kita kena ber'azam setiap masa dan detik. Tak kira la dari segi apapun, berazam memperbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dan insan yang berjaya didunia dan akhirat. Tak gitu sahabat ?? Tapi betul kan....Wah! Ini tahun umurku dah masuk umur 40, pantas nya masa berlalu....sedar2 tak sedar je usia dah menginjak ke angka 4..huhu. Semoga dengan pertambahan usia ini dan masuki era 2013, nak 'pulun' laaa kan . InshaAllah dengan izin NYA. Yela, saya hanya mampu merancang, berusaha, berdoa dan selebihnya tawakal.

Saya doakan pada semua sahabat agar dapat apa yang dihajati dan di impikan selama ni tercapai la hendak nya. Dimurah kan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik2. Dan saya juga mengharap 'sinar' yang lebih terang. InshaAllah. Amin. Ok la, lain kali saya sambung celoteh eh. Di bawah ni saya selitkan gambar2 latest job semasa bekerjasama dengan butik House of Allya Mysara untuk back cover Hijabista Magazine .Model ialah Syarehan Ahmad. Thanks to owner Kimi Iskandar & Yusri. Harap korang enjoyed !! OK Baiiiiiiiiiiii






Monday, December 17, 2012

Dina Wedding


           Assalamualaikum,

Pengantin ni namanya Dina. Saya mekapkan dia untuk majlis bertandang dirumahnya di Taman Sutera,Kajang. Nak pergi rumah Dina ni pun sesat jugak..adehhhhhh. Jalan nak masuk kerumahnya ni agak confuse sikit ! Tapi akhirnya berjaya jugak cari...Orang nya sangat happy go lucky. Banyak cakap..hehe. Sangat ramah...Wajahnya pun takde masalah nak mekap. Dina request mekap yang natural je. Katanya majlisnya hanya simple. So, she request mekap yang just natural. Thanks for choosing me Dina. Layan gambar yang cuma satu je ni sebab berkejar nak ketempat lain pulak..terlupa nak ambil lebih..oppssss! OKbai.



Fara Wedding @Kajang



        Assalamualaikum,


Entri kali ni saya mekap kan Fara untuk majlis nikah dan resepsi nya di Sg Merab Kajang. Majlis berlangsung pada hari yang sama. Nak pergi rumah Fara ni cukup la susah bagi saya la...sampai sesat-sesat saya dibuatnya. Last-last minta orang pergi ambil saya kat stesen minyak. Adehhhhhhh...Sampai je rumah... pengantin ni pun cakap memang ramai yang sesat nak kerumahnya...dari tukang pasang pelamin,canopy dan caterrer...heheh. Nasib la kan! Fara ni dah sedia cantik lawa. So memang tak susah la mekap wajah dia. Fara ni sangat humble, tak banyak cakap,tak banyak songeh. Pendek kata senang la dapat client like her. Very humble dan sangat senang bekerjasama dengan nya.

Pada bakal-bakal tunangan dan pengantin yang bakal menggunakan khidmat saya. Jangan risau dan takut untuk request konsep yang korang suka ok. Dan pada juga fake-eyelash yang macammana korang suka ok.
Jom layan gambar-gambar dibawah ni....OKbai





Wednesday, December 5, 2012

Latest Job



              Assalamualaikum,


Lamanya saya tak mengupdate BLOG saya ni. Sebabnya saya tersangat la malas nya. Bila dah tiba time malas, nak buat apa pun tak nak ! huhu. Thats why sunyi sepi je kan..haha. Maafkan saya guys. Tapi ENTRI hari ni saya nak update my latest job. Syukur Alhamdulillah kepadaNYA, kerana sikit atau banyak rezeki tetap bersyukur. Okla, jom tengok hasil mekap saya dibawah ni OK. Ini kali kedua saya mekapkan client ni. Wajahnya takde masalah nak makeover. Kulit nya dah sedia cantik dan halus. So, senang kerja saya. Wajahnya pun dah sedia cantik dan ayu kan. Mekapkn dia untuk jadi pengapit for her bestfriend wedding.




Client yang ni pun mekap untuk jadi pengapit untuk bestfriend wedding jugak. Comel je client ni. Wajahnya pun takde masalah nak makeover. Mulus je kulit dia. Suka lahhhh...



Yang ni pulak adik pengantin sendiri. Cantik jugak orangnya. Pun takde masalah nak mekapkan nya. Kali ni saya agak bertuah dapat client yang 'senang' je kan. Alhamdulillah.



Haaaa...client ni model sambilan. Mekapkn sicantik ni untuk jadi model kereta kawannya. Ini kali kedua saya makeover Aina ni. First time mekap Aina last year. Suka saya mekap dia sebab wajah dia pun licin je. Dan tak banyak kerenah. Itu yang paling penting sekali.


Ok la, cukupla takat ni dulu. Nanti saya update lagi hasil kerja saya kat uols ok. Terima Kasih kerana singgah.

OKbai.