Monday, December 17, 2012

Dina Wedding


           Assalamualaikum,

Pengantin ni namanya Dina. Saya mekapkan dia untuk majlis bertandang dirumahnya di Taman Sutera,Kajang. Nak pergi rumah Dina ni pun sesat jugak..adehhhhhh. Jalan nak masuk kerumahnya ni agak confuse sikit ! Tapi akhirnya berjaya jugak cari...Orang nya sangat happy go lucky. Banyak cakap..hehe. Sangat ramah...Wajahnya pun takde masalah nak mekap. Dina request mekap yang natural je. Katanya majlisnya hanya simple. So, she request mekap yang just natural. Thanks for choosing me Dina. Layan gambar yang cuma satu je ni sebab berkejar nak ketempat lain pulak..terlupa nak ambil lebih..oppssss! OKbai.



Fara Wedding @Kajang



        Assalamualaikum,


Entri kali ni saya mekap kan Fara untuk majlis nikah dan resepsi nya di Sg Merab Kajang. Majlis berlangsung pada hari yang sama. Nak pergi rumah Fara ni cukup la susah bagi saya la...sampai sesat-sesat saya dibuatnya. Last-last minta orang pergi ambil saya kat stesen minyak. Adehhhhhhh...Sampai je rumah... pengantin ni pun cakap memang ramai yang sesat nak kerumahnya...dari tukang pasang pelamin,canopy dan caterrer...heheh. Nasib la kan! Fara ni dah sedia cantik lawa. So memang tak susah la mekap wajah dia. Fara ni sangat humble, tak banyak cakap,tak banyak songeh. Pendek kata senang la dapat client like her. Very humble dan sangat senang bekerjasama dengan nya.

Pada bakal-bakal tunangan dan pengantin yang bakal menggunakan khidmat saya. Jangan risau dan takut untuk request konsep yang korang suka ok. Dan pada juga fake-eyelash yang macammana korang suka ok.
Jom layan gambar-gambar dibawah ni....OKbai





Wednesday, December 5, 2012

Latest Job



              Assalamualaikum,


Lamanya saya tak mengupdate BLOG saya ni. Sebabnya saya tersangat la malas nya. Bila dah tiba time malas, nak buat apa pun tak nak ! huhu. Thats why sunyi sepi je kan..haha. Maafkan saya guys. Tapi ENTRI hari ni saya nak update my latest job. Syukur Alhamdulillah kepadaNYA, kerana sikit atau banyak rezeki tetap bersyukur. Okla, jom tengok hasil mekap saya dibawah ni OK. Ini kali kedua saya mekapkan client ni. Wajahnya takde masalah nak makeover. Kulit nya dah sedia cantik dan halus. So, senang kerja saya. Wajahnya pun dah sedia cantik dan ayu kan. Mekapkn dia untuk jadi pengapit for her bestfriend wedding.




Client yang ni pun mekap untuk jadi pengapit untuk bestfriend wedding jugak. Comel je client ni. Wajahnya pun takde masalah nak makeover. Mulus je kulit dia. Suka lahhhh...



Yang ni pulak adik pengantin sendiri. Cantik jugak orangnya. Pun takde masalah nak mekapkan nya. Kali ni saya agak bertuah dapat client yang 'senang' je kan. Alhamdulillah.



Haaaa...client ni model sambilan. Mekapkn sicantik ni untuk jadi model kereta kawannya. Ini kali kedua saya makeover Aina ni. First time mekap Aina last year. Suka saya mekap dia sebab wajah dia pun licin je. Dan tak banyak kerenah. Itu yang paling penting sekali.


Ok la, cukupla takat ni dulu. Nanti saya update lagi hasil kerja saya kat uols ok. Terima Kasih kerana singgah.

OKbai.

Monday, November 5, 2012

A Session with House of Allya Mysara|myMetro | Aura puteri salju


             Assalamualaikum

Entri ni Alhamdulillah untuk rezeki kesekian kalinya saya dioffer lagi oleh owner butik House of Allya Mysara iaitu kimi iskandar & yusri ismail. Bagi menatarias model Diana Elldee untuk koleksi terbaru dari beliau untuk slot Ayu Harian Metro.Thanks sangat2 kimi & yusri atas kepercayaan dan peluang yang diberikan pada akk. Sangat2 menghargainya. Harap berpuas hati dengan sentuhan dari akk ye :)

Feel free CLICK to view>>>>>>>> antara koleksi terbaru Aura Puteri Salju
myMetro | Aura puteri salju


Hasil sentuhan saya publish di slot Ayu Harian Metro pada 2 Nov 2012


Ok la. Sampai jumpa lagi . Okbai.

Me @Media|Magazine



                 Assalamualaikum

Entry saya hari ni sedikit pasal karier saya. Tak pernah terfikir pun one day saya akan menjadi seperti sekarang. Tukang mekap2 kan orang. huhu. 12 tahun pengalaman dalam bidang solekan masih baru bagi saya. Menjadi jurusolek bukan lah semudah yang uols sangka. Kerjaya ni memerlukan kesabaran yang tinggi.  Yela...Ingat senang nak mencantik kan orang ! Susah uuu.... Silap2 haribulan tah apa jadi muka orang tu ! Minat saje tak cukup,mesti ada ilmu dan skill tersendiri.  Disertai usaha dan semangat yang padu.

Cabaran dan dugaan memang banyak. Nak cerita sampai besok pun tak abes. hihihi.  Saya cerita yang patut jela eh...Yela, Ada bende yang boleh cerita dan tidak.  Nak tahu tak..!!  Pada awal pembabitan saya suami tak support pun. Sabar jela kan...Saya lagi rasa tercabar. So saya berusaha menunjuk kan yang saya bukan suka2. Lama2 en suami ok la sikit tapi belum sepenuhnya laaa... Lama jugak la nak amik masa untuk nak yakin kan dia. Tapi akhirnya usaha saya ni Alhamdulillah berbaloi walaupun kecil tetap bersyukur.

Artikel mengenai saya dah pun tersiar di Majalah Hijabista bulan lepas - Edisi Oktober 2012


Ada cerita disebalik cerita...Meh nak cerita...Dah rezeki kot...one day client yang pernah saya mekap kan on her wedding bekerja di karangkraf after beliau kawen, sms minta saya tolong ganti jurusolek pemes gak la...sebab nya jurusolek pemes ni tak reply2 e-mel dari derang..Then dia pun minta saya segera hantar jawaban bagi soalan2 dari pembaca Hijabista untuk ruangan soal jawab cantik. Editor nak kan jawapan segera. Saya pun ok je. Saya pun hantar la jawapan2 ke esok kannya cuma gambar je saya tak bersedia.  Mana yang sempat jela kann...just snap thru henpon je and direct e-mel. hihi.  Kelakar pulak rasa ! Tapi rasa cam mimpi jeeeee



Entri kat bawah ni pulak dengan akhbar Harian Metro..Artikel yang tersiar di ruangan pesona cantik Harian Metro|1 NOV 2012. Saya share sedikit tips| ilmu makeup diakhbar ni. Dan ditunjuk kan step by step demo makeup oleh saya. Ribuan terima kasih buat KIMI ISKANDAR kerana beri peluang, kepercayaan serta sudi recommend akk pada editor. Thank u so much miss editor(minta maaf sangat2 terlupa nama) atas peluang yang diberikan. Sangat2 menghargainya. Hope ada peluang lagi lepas ni InsyaAllah. Amin


Ok la sampai takat ni je dulu. Terima kasih sudi baca. If ada cerita or hasil karya saya, akan saya update lagi. Jumpa lagi dilain entri.
Okbai.






Tuesday, October 30, 2012

Beauty | Health

 

           
                       Assalamualaikum.


Saya nak share satu bende la ngan uols semua. Teruja nak story ni...Anak dara or mak dara diluar sana.
Saya adala makan satu produk ni. Tersangat lah bagus . Untuk kita2 kaum Hawa ni . Dari anak dara ke mak dara boleh makan bende alah ni. Pompuan macam kita2 ni memang suka nak cantik, awet muda , putih,kulit cerah,tegang. Dan paling best boleh turun berat badan dan maintain. Syok nyaa...Sape tak nak kan !! Dah fitrah wanita suka kecantikan . Kesihatan wajib kena jaga . Luar dalam kena jaga kan .hahaha . Lagi2 yang dah beranak pinak macam akk ni ha !

Caranya tak susah pun - just bancuh je dengan segelas air sejuk ( senang kan )
Saya makan satu sachet je sehari waktu pagi 1/2 jam sebelum makan - tak payah nak cucuk sana sini nak mantain . Just ambil bende alah ni je...

Ni la bende nya... Harganya cuma RM179 sekotak. Ada 15 sachet satu kotak ni.





Neelofa ( pelakon ) pun makan produk ni.... Kat bawah ni pulak INFO segala BENEFIT BELLEZA ni...




Banyak kan BENEFIT nya...Memang tak rugi ambil produk ni..Trust me ! Tengok hasil dibawah ni...



Ni saya yang dulu ( gambo tahun lepas time raya )...dengan anak bujang saya no 3


Saya sekarang... sangat puas hati makan produk ni . byk sangat perubahan pada diri saya ni . kulit makin ok . takde la slim sangat2 kan . just ok la bagi saya . hihi



Bagi sape2 yang berminat nak try tu...boleh la order dengan saya ye.. Apa tunggu lagi...!!
E-mel je ke - jamy_1973@yahoo.com atau WhatsApp - 0193767055

Jaga diri hiasi peribadi . OKbai.

Saturday, October 27, 2012

My Artwork Publish @Hijabista Magazine

         
                  Assalamualaikum all . Salam Aidil Adha diucapkan kepada semua Umat Islam .
Semoga segala ibadat Haji & Korban diterima ALLAH s.w.t bagi anda yang mengerjakan nya .

      Hari ni saya nak update gambar2 hasil makeup saya yg dh tersiar di back cover Hijabista Magazine . Ada yg dh lama tersiar dan ada juga baru tersiar . Alhamdulillah , ribuan terima kasih saya ucapkan pada owner House Of Allya Mysara/Selendang Mysara iaitu - KIMI ISKANDAR & YUSRI ISMAEL . Atas peluang yang diberikan kepada saya . Feel free lihat gambar2 dibawah ni ye.

Sampai jumpa lagi...BYE



Publish on SEPT ISSUE @back cover Hijabista Magazine


Publish on NOV ISSUE @back cover Hijabista Magazine



Sunday, October 14, 2012

Street Outing @ Bukit Bintang

                           
                            Assalamualaikum ,

Happy weekend all ! Entry hari ni saya nak update gambar2 makeover semasa outing @ Bukit Bintang last week . Bersama student saya  , talent dan rakan photographer . Rasa rindu nak outing dah pun terubat bila lama sangat tak outing sambil menconteng ! hehe . Tapi bila dh tak outing rasa cam kekok pulak ! Tapi best sangat bcoz boleh gelak2 sambil conteng2 tu...Kitorang semua mekap main blasah je tepi2 kaki lima tu. Satu pengalaman baru la bagi student baru si Sahrul ni. Time outing camni la kita dapat share tips mekap , bertukar2 pandangan dan pengalaman :D

Thanks to my student Eyna Megatabas for invite . Dan Sahrulbahri Seldi . Thanks also to  abam-abam photog bro Sanie Azahari , Adhadi Mohd , Azlan Yaacob & Iqqi Vr. Tanpa derang ni tak dapat la kitorang MUA ni gambar yang cantik-cantik . Hope dapat outing lagi dilain masa....weeeeeeee

Daaaaaaaa .



new talent...AZEEMA


new talent...fresh lagi . ADEK







Student saya bersama talent.... nila hasil makeover nya


Sunday, September 16, 2012

Zulaikha Zaza Engagement @ Bt Caves


Wah ! sangat rajin sy today...!
 Update entry satu lagi ni . Sempena pertunangan cik Zulaikha Zaza dari Bt Caves,Selangor pada 09.09.2012 . Cik Zulaikha Zaza ni very happy go lucky . Sangat senang dapat client like her :)) Thanks for choosing me dear Zulaikha Zaza . Harap berpuashati ye :D




Credit picture to Cantik Phtography

Solemnization Diana Eldee @ Banting Selangor

Hi all.. ni satu lg entry..!
Gambar - gambar dibawah ni salah seorang peserta contest Beautiful Touch by Jamina iaitu Diana Eldee . Makeover Diana dihari pernikahannya di Banting Selangor  pada 08.09.2012 baru-baru ni . Thanks for choosing me Diana . Diharap berpuas hati dengan sentuhan akk :) . Selamat pengantin Baru . Moga berbahagia hingga keakhir hayat .





Solemnization & Reception Dr Nadia @ PJ


As Salam to all followers . Lamanya sy tak updated blog ni !! Bz yg teramat sangat ! Sorry Guys...
Harini saya nak update hasil- hasil kerja mekap wedding & engagement yg baru OK . Alhamdulillah rezeki lepas raya . Diharap semua berpuas hati .
Ape-pun..Enjoy ye..Thank U So Much .

Sedikit nasihat untuk bakal - bakal pengantin dan juga bakal tunangan ** PLEASE jangan STRESS !!
Walau secantik manapun solekan ~ maka hilanglah seri diwajah anda !!

Harap Maklum .





Solemnization & Reception Dr Nadia @ PJ -31.08.2012 / 01.09.2012 . Thanks for choosing me Dr . Nadia . Diharap berpuas hati dengan sentuhan akk :) Dr ni very humble & so sweet orangnya . Always je senyum . Selamat Pengantin Baru . Moga berbahagia hingga ke akhir hayat .

Thursday, July 26, 2012

My Latest MakeOver

Assalamualaikum,

Pejam celik..pejam celik dah pun masuk bulan Ramadhan . Kejap je masa berlalu . Sedar tak sedar je . Umur pun dah bertambah kan..! hihi

Salam Ramadhan , selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua followers .
Terasa sangat lama saya tak meng'update' blog . Dah pun bersawang..!! huhu . Minta maaf ye...Dibawah ni sempat la saya update pic/hasil keje yg tak seberapa . ..1st job saya untuk Hijabista Magazine..nantikan hasilnya Insya Allah pada bulan September .Terima Kasih pada owner butik Allya Mysara ( Kimi Iskandar ) ats peluang yang diberikan dan juga pd editor majalah ( Cik Mira ) . TQSM

#Kalau sudi komen la ye...Thanks . Sampai jumpa lagi . TAta Titi Tutu

 Models - Ayuuni & Diana

 saya bersama models , owner butik Allya Mysara ( Kimi Iskandar ) dan editor Hijabista ( Cik Mira )


saya & models

Saturday, May 26, 2012

Pencarian Duta 'BEAUTIFUL TOUCH by JAMINA's Contest

           
                    Assalamualaikum


Hai semua , saya ada buat contest  Pencarian Duta 'BEAUTIFUL TOUCH by JAMINA' 
Contest ni terbuka kepada gadis dan wanita usia 16 - 35 tahun . Peserta2 yang terpilih akan dimakeover / photoshoot - dan diadakan sistem 'VOTED' di facebook . Bagi peserta yang mendapat 'highest vote' dia akan mara ke pusingan seterusnya . Hanya dipusingan semi final dan final akan diadili by 'vote' dan saya sendiri . Pemenang akan memenangi hadiah 'misteri' dan berpeluang menjadi DUTA bagi PAGE 'BEAUTIFUL TOUCH by JAMINA' .


Seramai 32 peserta telah terpilih bagi contest ini - 1st batch event bagi contest telah pun selesai minggu lepas dengan tema MUSLIMAH CONTEMPORARY bertempat di Tasik Titiwangsa .     
Terima kasih pada semua peserta , MUA dan juga photographer yang sudi menjayakan event saya yang tak seberapa.. harap dapat dimaafkan jika terdapat kekurangan here & there .  Many thanks to our sponsored - 2U1Shop ( wawa couture )  dapat la talent2 pakai cantik2... meletop  gitew ! TQSM .                          


 2nd batch event pula akan menyusul pada 16 Jun 2012 - tema dan lokasi akan diberitahu kelak .
Dibawah ni saya update pic peserta2 yg terlibat bagi 1st batch Pencarian Duta 'BEAUTIFUL TOUCH by JAMINA' last  week























Barisan para peserta2 contest Pencarian Duta 'Beautiful Touch by Jamina' serta barisan MUA ( makeup artist )