Monday, December 17, 2012

Dina Wedding


           Assalamualaikum,

Pengantin ni namanya Dina. Saya mekapkan dia untuk majlis bertandang dirumahnya di Taman Sutera,Kajang. Nak pergi rumah Dina ni pun sesat jugak..adehhhhhh. Jalan nak masuk kerumahnya ni agak confuse sikit ! Tapi akhirnya berjaya jugak cari...Orang nya sangat happy go lucky. Banyak cakap..hehe. Sangat ramah...Wajahnya pun takde masalah nak mekap. Dina request mekap yang natural je. Katanya majlisnya hanya simple. So, she request mekap yang just natural. Thanks for choosing me Dina. Layan gambar yang cuma satu je ni sebab berkejar nak ketempat lain pulak..terlupa nak ambil lebih..oppssss! OKbai.



Fara Wedding @Kajang



        Assalamualaikum,


Entri kali ni saya mekap kan Fara untuk majlis nikah dan resepsi nya di Sg Merab Kajang. Majlis berlangsung pada hari yang sama. Nak pergi rumah Fara ni cukup la susah bagi saya la...sampai sesat-sesat saya dibuatnya. Last-last minta orang pergi ambil saya kat stesen minyak. Adehhhhhhh...Sampai je rumah... pengantin ni pun cakap memang ramai yang sesat nak kerumahnya...dari tukang pasang pelamin,canopy dan caterrer...heheh. Nasib la kan! Fara ni dah sedia cantik lawa. So memang tak susah la mekap wajah dia. Fara ni sangat humble, tak banyak cakap,tak banyak songeh. Pendek kata senang la dapat client like her. Very humble dan sangat senang bekerjasama dengan nya.

Pada bakal-bakal tunangan dan pengantin yang bakal menggunakan khidmat saya. Jangan risau dan takut untuk request konsep yang korang suka ok. Dan pada juga fake-eyelash yang macammana korang suka ok.
Jom layan gambar-gambar dibawah ni....OKbai





Wednesday, December 5, 2012

Latest Job



              Assalamualaikum,


Lamanya saya tak mengupdate BLOG saya ni. Sebabnya saya tersangat la malas nya. Bila dah tiba time malas, nak buat apa pun tak nak ! huhu. Thats why sunyi sepi je kan..haha. Maafkan saya guys. Tapi ENTRI hari ni saya nak update my latest job. Syukur Alhamdulillah kepadaNYA, kerana sikit atau banyak rezeki tetap bersyukur. Okla, jom tengok hasil mekap saya dibawah ni OK. Ini kali kedua saya mekapkan client ni. Wajahnya takde masalah nak makeover. Kulit nya dah sedia cantik dan halus. So, senang kerja saya. Wajahnya pun dah sedia cantik dan ayu kan. Mekapkn dia untuk jadi pengapit for her bestfriend wedding.




Client yang ni pun mekap untuk jadi pengapit untuk bestfriend wedding jugak. Comel je client ni. Wajahnya pun takde masalah nak makeover. Mulus je kulit dia. Suka lahhhh...



Yang ni pulak adik pengantin sendiri. Cantik jugak orangnya. Pun takde masalah nak mekapkan nya. Kali ni saya agak bertuah dapat client yang 'senang' je kan. Alhamdulillah.



Haaaa...client ni model sambilan. Mekapkn sicantik ni untuk jadi model kereta kawannya. Ini kali kedua saya makeover Aina ni. First time mekap Aina last year. Suka saya mekap dia sebab wajah dia pun licin je. Dan tak banyak kerenah. Itu yang paling penting sekali.


Ok la, cukupla takat ni dulu. Nanti saya update lagi hasil kerja saya kat uols ok. Terima Kasih kerana singgah.

OKbai.