Tuesday, January 22, 2013

Latest Job



                  Assalamualaikum,


       Sekian lama nya saya tak mengupdate kan BLOG ni...dah berkepuk habuk, bersawang bagai...hahaha..sampaikan dah lupa password google !!! jenuh laa reset password balik.. adehhhhhhh. So today saya paksa diri untuk 'update' blog saya ni..semua saya tukar baru ,templates, background, warna dan yang paling 'utama' adalah address blog saya ni..oleh kerana address sebelum ni panjang sangat, so saya singkat kan sikit jadi ''Beauty by Jamina'' **http://beautybyjamina.blogspot.com.  Rasanya ok sikit kot !

Kalendar tahun orang putih dah nak masuk bulan 2 pun. Baru nak wish "Selamat Tahun Baru 2013''. Dah ketinggalan keretapi la saya kannnnnnnn ! heheheh. Biasanya la kan, kita ni masuk new year je 'wish azam' Tapi bagi saya kita kena ber'azam setiap masa dan detik. Tak kira la dari segi apapun, berazam memperbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dan insan yang berjaya didunia dan akhirat. Tak gitu sahabat ?? Tapi betul kan....Wah! Ini tahun umurku dah masuk umur 40, pantas nya masa berlalu....sedar2 tak sedar je usia dah menginjak ke angka 4..huhu. Semoga dengan pertambahan usia ini dan masuki era 2013, nak 'pulun' laaa kan . InshaAllah dengan izin NYA. Yela, saya hanya mampu merancang, berusaha, berdoa dan selebihnya tawakal.

Saya doakan pada semua sahabat agar dapat apa yang dihajati dan di impikan selama ni tercapai la hendak nya. Dimurah kan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik2. Dan saya juga mengharap 'sinar' yang lebih terang. InshaAllah. Amin. Ok la, lain kali saya sambung celoteh eh. Di bawah ni saya selitkan gambar2 latest job semasa bekerjasama dengan butik House of Allya Mysara untuk back cover Hijabista Magazine .Model ialah Syarehan Ahmad. Thanks to owner Kimi Iskandar & Yusri. Harap korang enjoyed !! OK Baiiiiiiiiiiii






No comments: