Monday, December 16, 2013

Nukilan ku


Salam sahabat ku...

Rindu untuk mencoret kan sesuatu yang sudah sekian lama menyepi...Sepi ku bukan kerana rajuk , bukan juga marah tetapi atas sebab yang tak dapat ku rungkai kan disini....
Biarlah hanya aku dan DIA sahaja yang mengetahui.

Apabila kita terjatuh dalam ujian hidup,kesusahan,keperitan,kesedihan dan segala bentuk penderitaan,kita akan bertanya,apakah penawarnya? Dimanakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Warna kegelapan memenuhi setiap penjuru,hanya kepada mu Ya Rabb yang mampu mengeluarkan aku dari keadaan ini. Aku terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit,tidak mampu ditolak oleh diri yang kerdil.

Namun, aku yakin bahawa hanya ALLAH yang maha berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikan dengan yang lebih baik,yang tidak disangka-sangka. Memindahkan duka kepada bahagia akhirnya....


No comments: